fb fb fb fb fb

X kembalikan akaun Ye

(Ye)

WASHINGTON, 30 Julai- X, platform media sosial yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, telah mengkatifkan semula akaun penyanyi rap dan pereka Kanye West selepas digantung selama lapan bulan, lapor Wall Street Journal pada Sabtu.

Musim luruh lalu, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye dilaporkan telah memuat naik naik imej yang memaparkan simbol swastika Nazi.

Elon Musk pada masa itu melabelkan tindakan West sebagai 'hasutan kepada keganasan.'

Pejabat media X bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan tentang akaun Ye. Sehingga lewat petang, Ye masih belum menyiarkan hantaran baharu di halamannya.

Kata-kata antisemitik dalam temu bual dan di media sosial menyebabkan Ye kehilangan kerjasama dengan jenama dengan Adidas untuk produknya, Yeezy

Balenciaga dan GAP juga memutuskan hubungan dengan penyanyi rap itu.

Pada Disember, Musk mengembalikan semula akaun Twitter bekas presiden Donald Trump.

Seminggu yang lalu, Musk dan ketua eksekutifnya, Linda Yaccarino, mengumumkan penjenamaan semula Twitter sebagai X.

Musk juga menggantikan logo Twitter, burung biru dengan X putih.-AFP


(Ye)

Media Baharu