fb fb fb fb fb

12 maut dalam letupan gudang simpanan mercun di Thailand

(FOTO AFP)

BANGKOK, 30 Julai - Seramai 12 orang terbunuh dan lebih 100 cedera apabila mercun yang disimpan di dalam sebuah gudang di selatan Thailand meletup, kata seorang pegawai pada Ahad.

Kejadian berlaku pada Sabtu di gudang simpanan yang tidak dibenarkan di pasar Muno di daerah Su-ngai Kolok di wilayah selatan Narathiwat bersempadan dengan Malaysia, kata Gabenor Narathiwat Sanan Phongaksorn.

(FOTO AFP)

"Terdapat 10 kematian serta dua mayat yang tidak dikenali telah dihantar untuk pemeriksaan DNA," kata Sanan.

Beliau berkata 121 orang cedera, dua parah, manakala 111 telah dibenarkan keluar dari hospital.

Lebih 200 rumah melibatkan 365 orang berhampiran gudang rosak akibat letupan itu.

Kira-kira 19 orang masih tinggal di pusat perlindungan dan beberapa lagi keluarga telah berpindah ke rumah saudara mereka, kata Sanan.

Polis sedang menyiasat punca kejadian namun laporan awal kata Sanan menunjukkan berlaku kesilapan kimpalan di gudang tersebut.-REUTERS

Media Baharu