fb fb fb fb fb

WHO bincang masa sesuai isytihar pandemik COVID-19 berakhir

GENEVA, 13 Mac - Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengadakan perbincangan untuk memutuskan tempoh masa sesuai mengumumkan pengakhiran krisis kesihatan global COVID-19.

Bagaimanapun, WHO tidak bercadang membuat deklarasi itu pada masa sekarang, walaupun banyak negara sudah menunjukkan penurunan kes.

Perbincangan di Geneva itu memberikan tumpuan mengenai keadaan yang memberi isyarat kecemasan kesihatan awam yang diisytiharkan sejak 30 Januari 2020.

(Petugas kesihatan memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) di unit rawatan rapi pesakit COVID-19 di Hospital Sklifosovsky, Moscow/AFP)

“Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa mengenai COVID-19 sedang melihat kriteria yang diperlukan untuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam sebagai kebimbangan antarabangsa untuk ditamatkan,"

“Setakat ini, kami belum memutuskan perkara itu,” kata agensi tersebut menerusi kiriman emel.

Banyak negara di seluruh dunia sudah melonggarkan sekatan untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti tidak perlu memakai pelitup muka dan pembukaan sempadan negara.

Perbincangan WHO itu akan memberikan implikasi kepada pengeluar vaksin seperti Pfizer dan Merck yang bersetuju membenarkan persaingan generik terhadap rawatan COVID-19 sehingga wabak berakhir.

Media Baharu