fb fb fb fb fb

Arab Saudi laksana lebih 80 hukuman mati sehari

RIYADH, 13 Mac - Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap 81 lelaki termasuk tujuh warga Yaman dan seorang warga Syria, semalam.

Ia merupakan pelaksanaan hukuman mati terbesar di negara itu dalam beberapa dekad, mengatasi 67 hukuman mati yang dijalankan pada 2021 dan 27 kes pada 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, mereka disabitkan pelbagai kesalahan jenayah termasuk membunuh kanak-kanak.

(Foto Gambar fail)

Hukuman serupa turut dijalankan terhadap individu yang terbabit dalam ajaran sesat dan menyertai kumpulan militan sehingga berikrar taat setia kepada organisasi pengganas asing seperti Daesh, al-Qaeda dan Houthi.

"Individu terbabit disabit pelbagai kesalahan termasuk membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah," kata kenyataan itu.

Pihak kementerian bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana hukuman mati itu dilaksanakan.

Media Baharu