fb fb fb fb fb

UNICEF, UNFPA, WHO gesa gencatan senjata dilaksanakan serta-merta di Ukraine

PERANCIS, 14 Mac - Tiga agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta di Ukraine.

Gesaan dibuat oleh Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), Tabung Populasi PBB (UNFPA), serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan bersama.


FOTO BERNAMA

Kenyataan itu menyebut, serangan terhadap bayi, kanak-kanak, wanita hamil dan golongan rentan, serta petugas kesihatan profesional merupakan tindakan kejam.

Sejak bermulanya pencerobohan Rusia di Ukraine, sebanyak 31 serangan dilapor menyasarkan petugas kesihatan.

Serangan meragut 12 nyawa dan mencederakan 34 orang, serta menyebabkan kemudahan kesihatan awam termasuk hospital dan ambulans musnah atau rosak. - AFP

Media Baharu