fb fb fb fb fb

Wartawan AS mati ditembak di Ukraine, rakan cedera

(Tenter Ukrainian sedang membawa beberapa jenis senjata ketika
menghala ke Irpin, barat laut Kyiv, pada 13 Mac 2022)

IRPIN, 14 Mac- Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) mati ditembak dan seorang lagi cedera dalam kejadian pada Ahad di sini, pedalaman Kiev yang telah menyaksikan pertempuran sengit sejak Rusia menceroboh Ukraine.

Petugas video dokumentari, Brent Renaud, 50 tahun ketika kejadian sedang menjalankan satu projek mengenai isu pelarian global, jelas syarikat mangsa bekerja, Time Studios.

“Kami amat terkesan dengan kehilangan Brent Renaud,” kata ketua penyunting, Time Edward Felsenthal menerusi satu kenyataan.

“Amat penting wartawan dapat membuat liputan dengan selamat terhadap pencerobohan dan krisis kemanusiaan yang berterusan di Ukraine," katanya.

Badan Persekutuan Wartawan Antarabangsa mengenal pasti wartawan yang cedera sebagai jurugambar Amerika Syarikat, Juan Arredondo.

Mangsa ke tiga, warga Ukraine yang berada dalam kereta sama dengan wartawan tersebut, turut dilaporkan cedera.

Wartawan AFP di Irpin menyaksikan askar sukarelawan Ukraine memindahkan mayat ke lokasi selamat, sebelum meletakkan semula di atas tanah untuk pengecaman.

Danylo Shapovalov, sukarelawan pakar bedah unit pertahanan Ukraine berkata, Renaud mati ditempat kejadian akibat luka tembakan di lehernya. -AFP

 


(Reaksi Irina Moprezova, 54, ketika melihat rumahnya musnah

apabila kawasan sekitar Irpin di bedil pada 13 Mac 2022)

 

Media Baharu