fb fb fb fb fb

Tamat krisis kesihatan global COVID-19, WHO belum cadang buat deklarasi

GENEVA, 14 Mac- Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengadakan perbincangan untuk memutuskan tempoh masa sesuai mengumumkan pengakhiran krisis kesihatan global COVID-19.

Perbincangan di Geneva itu memberikan tumpuan mengenai keadaan yang memberi isyarat kecemasan kesihatan awam yang diisytiharkan sejak 30 Januari 2020.

Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa mengenai COVID-19 sedang melihat kriteria yang diperlukan untuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam ditamatkan.

(Foto fail)

Banyak negara di seluruh dunia sudah melonggarkan sekatan untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti tidak perlu memakai pelitup muka dan pembukaan sempadan negara.

Media Baharu