GENEVA, 31 Mac - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membentangkan tiga senario berbeza bagi pandemik COVID-19 pada tahun ini.
Setiausaha Agung WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam pembentangannya berkata berdasarkan fakta sedia ada, senario yang paling mungkin berlaku ialah virus berkenaan akan terus berkembang.
(Setiausaha Agung WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus)
"Dengan kadar jangkitan teruk yang beransur kurang. Senario terbaik menyaksikan kemunculan varian baharu yang kurang berbahaya dan dos penggalak atau rumusan baharu vaksin tidak diperlukan, katanya.
Bagaimanapun, senario terburuk dijangka menyaksikan kemunculan varian baharu yang memudaratkan dengan jangkitan lebih teruk dan kadar rebakan lebih cepat.
Langkah terbaik menanganinya adalah dengan meningkatkan keberkesanan vaksin sedia ada dan memastikan agihan sampai kepada golongan paling berisiko.-AFP