fb fb fb fb fb

WHO adakan sidang kemuncak perubatan tradisional pertama

NEW DELHI, 17 Ogos- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan sidang kemuncak pertama mengenai perubatan tradisional pada Khamis.

Kumpulan itu berkata ia sedang berusaha untuk mengumpul bukti dan data bagi membolehkan penggunaan rawatan sedemikian adalah selamat.

Perubatan tradisional merupakan "kaedah pertama untuk berjuta-juta manusia di seluruh dunia", kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Rundingan di India menghimpunkan penggubal dasar dan ahli akademik bertujuan untuk "menggerakkan komitmen itu dalam tindakan berasaskan bukti" terhadap mereka.

Menurut Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, "WHO sedang berusaha ke arah untuk memperolehi data, piawaian dan peraturan untuk penggunaan perubatan tradisional dengan selamat selain penggunaan kos yang efektif dan saksama."

Perubatan tradisional boleh merapatkan "akses" penjagaan kesihatan sekiranya "sesuai, berkesan, dan selamat berdasarkan bukti saintifik terkini", kataTedros.

Bagaimanapun badan kesihatan global itu mendapat kecaman daripada pengkritik dalam talian kerana menuduhnya memberikan pengesahan saintifik kepada pseudosains.

WHO kemudiannya berkata dalam satu hantaran di platform media sosial X, perkara itu "menjadi pertimbangan" dan bersetuju "perkara itu boleh dibincangkan dengan lebih baik".

Sidang Kemuncak Global Perubatan Tradisional WHO selama dua hari berlangsung bersama-sama mesyuarat Menteri Kesihatan G20 di bandar Gandhinagar, India.

Pemenang Hadiah Nobel dan pengerusi Majlis Sains WHO Harold Varmus dalam satu pautan video berkata, "kita perlu menerima fakta kehidupan sebenar kerana ubat tradisional pernah digunakan secara meluas,"

"Adalah penting untuk memahami bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional, kerana ia berkesan dalam beberapa kes. Paling penting, kita perlu memahami dan mengenal pasti ubat tradisional yang tidak berkesan dalam perubatan."

Sidang kemuncak itu, ditetapkan untuk menjadi acara biasa, berikutan pembukaan Pusat Perubatan Tradisional Global WHO tahun lalu di Gujerat, India.- AFP

(Tedros Adhanom Ghebreyesus/AFP)

Media Baharu