CHINA, 17 Ogos- Pelancong China berpusu-pusu ke pelbagai destinasi pelancongan domestik popular negara itu.
Daerah Menyuan Hui di barat laut Wilayah Qinghai menarik pelancong dari seluruh China dengan bunga sesawi mekar. Hamparan keemasan ladang biji sesawi dan tanaman hijau berkilat itu mencipta pemandangan yang berwarna-warni.
Pelawat menuju ke Mohe di Heilongjiang, bandar paling utara di China yang terkenal dengan iklim sejuknya, untuk percutian musim panas.
Kawasan itu dikenali sebagai "bandar kutub" kerana mengalami hampir 20 jam waktu siang. Ia juga menarik pelancong menggunakan kereta api dan kapal terbang untuk melawat tarikan luar biasa dan menghabiskan musim panas di kawasan itu.
Manakala pelancong akan ke Wilayah Nujiang Lisu, untuk memahami gabungan landskap semula jadi dan budaya etnik. Pesta kebudayaan di kawasan itu turut memberi peluang kepada untuk mengenali tarian tempatan.
Taman Tema Chang'an Twelve Hours di Wilayah Shaanxi bakal memberikan pengunjung pengalaman budaya tersendiri.
"Di sini, anda boleh merasai pengalaman seperti masyarakat Dinasti Tang (618-907). Saya percaya ia akan memberikan pengalaman baharu dan menyenangkan untuk anda," kata kakitangan Taman Tema Chang'an Twelve Hours Li Yuanyuan.- REUTERS
(Pelbagai bunga sesawi di bandar Mohe/REUTERS)