fb fb fb fb fb

Wartawan, dua tentera terbunuh akibat letupan bom di pinggir jalan

(Foto fail menunjukkan kenderaan tentera milik tentera pakatan Rusia dan Syria
di daerah Syria Daraa al-Balad di selatan Syria/ AFP)

DAMSYIK, 9 Ogos- Seorang wartawan televisyen Syria dan dua tentera terbunuh, hari ini, apabila bom di tepi jalan meletup di wilayah selatan Daraa, menurut media kerajaan.

Media itu melaporkan, wartawan milik syarikat persendirian iaitu Sama TV yang dikenali sebagai Firas al-Ahmad dan dua tentera itu terbunuh ketika pulang dari operasi anti narkotik di wilayah berkenaan.

"Pengganas" telah meletakkan bom itu, tambahnya.

Daraa adalah tempat lahirnya pemberontakan 2011 menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad tetapi ia kembali ke kawalan Damsyik pada 2018 di bawah perjanjian gencatan senjata yang disokong oleh Rusia.

Wilayah itu telah dilanda keganasan selama bertahun-tahun.

Sekurang-kurangnya 279 wartawan terbunuh di Syria sejak tercetusnya perang saudara pada 2011, menurut kumpulan kebebasan akhbar Reporters Without Borders.

Konflik itu telah membunuh lebih 500,000 orang dan memaksa kira-kira separuh daripada penduduk sebelum perang Syria meninggalkan rumah mereka. -AFP


(FOTO FAIL/ AFP)

Media Baharu