fb fb fb fb fb

Wanita maut kereta bertembung treler

(Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.25 minit pagi)

KUALA NERANG, 6 Jun- Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler di Jalan Kuala Nerang- Pokok Sena, Kedah.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.25 minit pagi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kedah, Abdul Rahim Che Omar berkata  mangsa, berusia 29-tahun memandu kereta sebelum bertembung secara bertentangan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Abdul Rahim kepada media di sini.

Pemandu loari treler, seorang lelaki berusia 40-an hanya mengalami cedera ringan.

(Wanita maut kereta bertembung treler)

Media Baharu