fb fb fb fb fb

Elak jadi mangsa penipuan kerja sambilan

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Elak jadi mangsa scam kerja sambilan. Jangan terpedaya dengan tawaran pendapatan lumayan!.

Demikian nasihat Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

Beliau mendedahkan, penyamar menyamar sebagai ejen pencari kerja dan menjanjikan keuntungan antara 8 hingga 15 peratus kepada mangsa.

"Mereka menyatakan anda diberi 'task' untuk mempromosikan barang atau perkhidmatan yang ada dalam Shopee dan Lazada...kemudian anda akan dibayar komisyen tertentu.

"Contohnya anda diminta untuk melakuan belian RM100...akan dapat ganjaran RM20, jadi RM120 dipulangkan balik dalam akaun anda.

"Jadi ramailah orang seronok, gembira...mula dia tak percaya. Dia dimasukkan dalam satu WhatsApp group...dalam WhatsApp group itu ada dalam 20 orang dan 20 orang itu semua dapat komisyen. Sebenarnya 20 orang yang ada itu merupakan ahli sindiket," katanya.

(Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat
Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim)

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

Jelasnya, cara terbaik membanteras jenayah penipuan atau 'scam' adalah dengan kesedaran tinggi berkenaan taktik dan 'ayat' yang digunakan penjenayah untuk memperdaya mangsa.

"Dalam kes melibatkan online ini kita ada pilihan sebab kalau penipuan melibatkan fizikal kita boleh ambil tindakan, buat laporan polis, menangkap dan menyiasat serta mendakwa individu yang terlibat.

"Tapi, berbeza dengan penipuan online...scammer ini tidak ada di Malaysia, mungkin dia berada dekat Myanmar, Cambodia, Laos...jadi orang kena tipu...duit itu masuk dalam keldai akaun...paling bagus kita boleh lakukan adalah tangkap pemilik akaun dan pemilik akaun itu tidak akan dapat duit itu balik, tambahnya.

Media Baharu