fb fb fb fb fb

Ops Manis 2.0 diteruskan hingga 30 Jun

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Ops Manis 2.0  akan diteruskan di seluruh negara hingga 30 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata  operasi yang tamat pada 4 Jun lalu dilanjutkan bagi memastikan bekalan dan pengedaran gula stabil untuk kegunaan rakyat.

Katanya semua pihak terlibat dalam setiap rantaian pembekalan perlu mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan gula.

"Saya ingin beri amaran  kita tidak akan berkompromi , kita tak bertolak ansur dan mengambil tindakan  tegas serta-merta  sekiranya berlaku pertama menjual gula bertapis , kasar dan halus secara bersyarat dengan barangan lain termasuklah gula jernih.

"Kedua menyorok bekalan, ketiga menjual melebihi harga kawalan  bagi gula putih bertapis kasar dan halus," kata Salahuddin dalam sidang media di Parlimen.

Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melaksanakan Ops Manis melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah dari 3 Mei hingga 4 Jun lalu.

Sehingga 4 Jun, sebanyak 2,576 premis perniagaan telah diperiksa oleh anggota penguat kuasa dan  60 aduan merangkumi isu gula telah diterima.

(Datuk Seri Salahuddi berkata Ops Manis 2.0 diteruskan hingga 30 Jun)

Media Baharu