fb fb fb fb fb

UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan - KPM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berhasrat mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) buat masa ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata ini kerana KPM ketika ini sedang memberi tumpuan terhadap pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

"Selain itu, perkembangan murid dalam aspek sukan, kokurikulum, nilai murni, minat dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah turut diperkukuh melalui komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

"PAJSK merupakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan dilaksanakan sepanjang sesi akademik.

"Pencapaian murid dilaporkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan murid.

"Ia bertujuan memastikan perkembangan murid secara holistik dan berterusan," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Rasah, Cha Kee Chin di Dewan Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu