fb fb fb fb fb

Datuk Fisol Saleh, Ketua Polis Kedah baharu

ALOR SETAR, 6 Jun- Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang itu mengambil alih tugas Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang dilantik sebagai Komisioner Polis Pentadbiran di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas disaksikan  oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad di Ibu Pejabat Polis dan Kontinjen Kedah di sini..

Terdahulu Datuk Seri Azri  melaksanakan upacara pemakaian pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Datuk Fisol sebelum majlis serah terima tugas berlangsung .

"Saya juga yakin dan berharap seluruh warga kontinjen Kedah akan memberi sokongan penuh dan kerjasama padu kepada Datuk Fisol sama seperti yang pernah diberikan kepada Datuk Wan Hassan dan Ketua-ketua Polis Negeri Kedah sebelum ini," katanya demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas berkenaan.

Pada majlis sama turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kedah antara Datin Sarihah Jusoh dengan Datin Norli Ahmad

Fisol, 56, yang berasal dari Jitra mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1986 sepanjang tempoh 37 tahun perkhidmatan, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) dari 2019 hingga 2020 dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dari 2020 hingga 2021.

(Datuk Seri Azri Ahmad (kiri) pada upacara pemakaian pangkat Komisioner Polis kepada
Ketua Polis Kedah yang baharu Datuk Fisol Salleh (dua, kiri)/BERNAMA)

Media Baharu