fb fb fb fb fb

Wanita maut akibat serangan dron Rusia

Foto AFP

SUMY, 20 Julai - Seorang wanita dilaporkan maut manakala beberapa kediaman musnah dalam serangan dron oleh Rusia di wilayah timur laut Ukraine, Sumy, awal pagi semalam.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine, serangan tersebut mencetuskan kebakaran besar yang memusnahkan kediaman persendirian.

Pasukan bomba dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan api yang marak selepas serangan.

Rakaman yang dikeluarkan menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran di beberapa lokasi kediaman yang terbakar. -AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM