KHARTOUM, 27 Mei - Wabak taun meningkat di Sudan dengan 172 kematian dilapor berlaku dalam tempoh seminggu.
Dalam tempoh itu, sebanyak 2,700 jangkitan telah disahkan.
Kementerian Kesihatan Sudan memaklumkan, 90 peratus jangkitan berlaku di negeri Khartoum, berpunca daripada gangguan bekalan air dan elektrik sejak beberapa minggu lepas.
Terdapat juga jangkitan dari wilayah selatan, tengah dan utara negara itu.
Wabak taun mula merebak selepas berlakunya konflik Pasukan Rapid Support Forces (RSF) dengan tentera kerajaan yang memusnahkan sumber air dan pusat kesihatan.-AFP