fb fb fb fb fb

Von der Leyen terselamat undi tidak percaya

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen. Foto AFP

STRASBOURG, 10 Julai -Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen Eropah pada Khamis (10 Julai).

Seperti yang dijangkakan, usul itu gagal mendapat majoriti dua pertiga yang perlu diluluskan, dengan hanya 175 ahli parlimen menyokong usul itu, manakala 360 mengundi menentang dan 18 berkecuali.

Usul itu dibentangkan ahli parlimen sayap kanan yang mendakwa von der Leyen dan pasukannya telah menjejaskan kepercayaan terhadap EU melalui tindakan yang menyalahi undang-undang.

Nasionalis Romania, Gheorghe Piperea, penaja utama usul itu, telah mengkritik antara lain keengganan Suruhanjaya untuk mendedahkan mesej antara von der Leyen dan ketua eksekutif pembuat vaksin Pfizer semasa pandemik COVID-19.

Ia adalah kali pertama sejak 2014 presiden Suruhanjaya menghadapi usul sedemikian. Sebelum ini, Presiden Jean-Claude Juncker juga terselamat dalam undian. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI