fb fb fb fb fb

Vietnam batal had dua anak, kadar kelahiran menurun

Foto AFP

HANOI, 4 Jun- Vietnam telah membatalkan dasar lamanya yang mengehadkan setiap keluarga hanya boleh mempunyai dua orang anak.

Menurut media kerajaan, pembatalan dasar itu dibuat selepas kadar kelahiran negara itu semakin menurun dalam tempoh tiga tahun lepas.

Kadar kelahiran telah jatuh daripada 2.11 kanak-kanak bagi setiap wanita pada 2021 kepada 1.96 pada 2023.

Trend berkenaan paling ketara berlaku di bandar besar seperti Hanoi dan Ho Chi Minh City berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Nguyen Thi Lien Huong berkata, penurunan kadar kelahiran itu memberi cabaran kepada pembangunan sosioekonomi jangka panjang, termasuk populasi yang semakin tua serta kekurangan tenaga kerja.

SITI NOORAIN ABDULLAH