GAZA, 4 Jun- Sekurang-kurangnya 27 terkorban, lebih 90 yang lain cedera selepas Israel melepaskan tembakan berhampiran sebuah pusat bantuan di kawasan Al-Alam di Rafah yang terletak di selatan Gaza.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai tidak boleh diterima dan tindakan itu berupa jenayah perang.
Agensi Pertahanan Awam Gaza pula memberitahu, tembakan terbaharu itu berlaku kira-kira satu kilometer dari pusat Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF). Serangan menyasarkan orang awam yang sedang menunggu bantuan.
'Mereka bunuh setiap orang yang tiada senjata. Ini bukan bantuan kemanusiaan, ini satu perangkap,' kata anak kepada keluarga Reem al-Akhras yang terkorban dalam kejadian tembakan itu. -AFP