BEIRUT, 4 Jun- Israel telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Syria bermula Selasa lalu.
Menurut berita rasmi Syria, SANA serangan menyasarkan Yarmuk Basin yang terletak di barat wilayah Daraa dan Quneitra. Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan setakat ini.
Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan mengenai pelancaran peluru berpandu ke arah Israel masih belum disahkan. Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Syria tidak akan menimbulkan sebarang ancaman kepada mana-mana pihak di rantau itu.
"Kami percaya bahawa terdapat banyak pihak yang mungkin berusaha untuk menggugat kestabilan rantau ini untuk mencapai kepentingan mereka sendiri," tambah kementerian luar Syria.
Syria dan Israel baru-baru ini terlibat dalam satu rundingan langsung untuk meredakan ketegangan, perkembangan penting dalam hubungan antara negara yang berada di pihak bertentangan konflik di Asia Barat selama beberapa dekad. -REUTERS