CARACAS, 23 Mei- Venezuela telah menutup sementara sempadannya dengan negara jiran, termasuk Colombia, sebagai langkah keselamatan menjelang pilihan raya serantau dan parlimen yang dijadualkan, esok.
Penutupan bermula pada pukul 12.01 tengah malam semalam dan akan berterusan sehingga 11.59 tengah malam pada Isnin.
Penutupan berkenaan sebahagian daripada protokol keselamatan biasa yang dilaksanakan Venezuela semasa proses pilihan raya.
Sempadan dijangka dibuka semula pada tengah malam Selasa ini selepas pengiraan undi selesai.- REUTERS