GAZA, 24 Mei- Rakyat Palestin di Gaza kini melalui "fasa paling kejam" dalam konflik Israel-Hamas selepas lebih 12 trak bantuan dirompak, walaupun Israel telah melonggarkan sekatan.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, hanya 115 daripada hampir 400 trak bantuan yang berjaya dihantar.
"Bantuan mula memasuki Gaza setelah Israel membenarkan penghantaran dengan jumlah yang terhad. Bantuan yang diterima masih jauh tidak mencukupi berbanding dengan keperluan besar di Gaza.
"Israel perlu bersetuju untuk membenarkan dan mempermudah penghantaran bantuan kemanusiaan," katanya.
Program Makanan Sedunia (WFP) melaporkan bahawa 15 trak bantuan mereka telah dirompak di selatan Gaza, menyebabkan masalah kelaparan yang semakin kritikal.
Sementara itu, Pegawai Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mohammed al-Mughayyir berkata sekurang-kurangnya 71 orang terkorban, sementara puluhan lagi cedera dan ramai yang masih hilang akibat serangan udara Israel yang berlaku pada Jumaat.
Serangan berterusan Israel menyebabkan kemusnahan teruk di Gaza, dengan jumlah kematian yang semakin meningkat setiap hari.- AFP