fb fb fb fb fb

Vaksin COVID-19: Filipina mula beri dos penggalak kedua

MANILA, 25 April- Filipina mula memberi dos penggalak COVID-19 kedua kepada orang dewasa hari ini.

Kementerian Kesihatan Filipina dalam satu kenyataan memberitahu hampir 61 peratus daripada 110 juta penduduk Filipina telah divaksin, manakala hampir 13 juta telah menerima dos penggalak pertama.

Setiausaha Kesihatan Francisco Duque dalam satu forum awam pula berkata, data-data yang ditunjukkan menguatkan keputusan kerajaan untuk mengumumkan situasi sebagai endemik kelak.

Usaha tersebut diyakini mampu meningkatkan kadar perlindungan terhadap COVID dan variannya di negara kepulauan itu.


(Penduduk dewasa Filipina mula mendapatkan dos penggalak kedua yang telah bermula di negara itu / REUTERS)

Antara yang telah meluluskan penggunaan dos penggalak kedua ialah Korea Selatan, Taiwan dan Singapura dengan harapan dapat mencegah peningkatan semula virus berkenaan.

Filipina dilaporkan mengambil langkah berhati-hati bagi membuka semula sempadannya sebagai langkah memulihkan semula ekonomi yang menguncup lebih daripada sembilan peratus.

Dengan 3.68 juta kes secara keseluruhan dan lebih daripada 60,000 kematian, negara ini telah mengalami salah satu krisis COVID yang paling teruk di Asia Tenggara.- Reuters

Media Baharu