fb fb fb fb fb

India, EU tubuh majlis perdagangan dan teknologi

NEW DELHI, 25 April - India dan Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pelancaran majlis khas untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama teknologi, walaupun mempunyai pandangan berbeza mengenai pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menjadi diplomat Barat terbaharu yang melawat New Delhi dalam usaha untuk menekan India berhubung pendirian neutralnya terhadap konflik itu.

(Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen/REUTERS)

India, yang mendapat sebahagian besar senjatanya daripada Moscow, telah menggesa agar keganasan di Ukraine dihentikan, tetapi tidak mengecam pencerobohan Rusia.

"EU mempunyai hanya satu Majlis Perdagangan dan Teknologi dan itu adalah dengan Amerika Syarikat dan oleh itu saya fikir ia memberitahu bahawa ia adalah sangat penting bagi kami untuk menubuhkan yang kedua dengan India," kata von der Leyen.

Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan EU yang lebih luas untuk mempercepat rundingan perdagangan dengan India dan memberi New Delhi alternatif yang berdaya maju untuk mempelbagaikan diri daripada Rusia, Bloomberg News memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata.

"Mekanisme penyelarasan strategik akan membolehkan kedua-dua rakan kongsi menangani cabaran dalam perhubungan perdagangan, teknologi yang dipercayai dan keselamatan, dan dengan itu memperdalam kerjasama dalam bidang ini," kata India dan Suruhanjaya dalam satu kenyataan bersama. -AFP

Media Baharu