MOSCOW, 25 April - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya, Emmanuel Macron atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Perancis, menewaskan calon sayap kanan, Marine Le Pen.
"Saya dengan tulus ikhlas mendoakan kejayaan anda dalam aktiviti negarai anda, serta kesihatan dan kesejahteraan yang baik," kata Putin dalam telegram kepada Macron, menurut satu kenyataan dari Kremlin.
(Emmanuel Macron menyampaikan ucapan selepas dipilih semula sebagai presiden semasa perhimpunan kemenangannya di Champs de Mars di Paris, Perancis/REUTERS)
Macron adalah salah satu daripada beberapa pemimpin Barat yang menghubungi Putin sejak Moscow melancarkan operasi khas ketenteraan ke Ukraine.
Kedua-dua pemimpin sebelum ini menghabiskan masa berjam-jam menerusi perbualan telefon untuk cuba merundingkan penyelesaian kepada konflik itu.
Sambil mengekalkan saluran diplomatiknya ke Moscow terus terbuka, Perancis bawah Macron bagaimanapun menyertai sekatan antarabangsa terhadap Rusia yang diterajui kuasa Barat.. -AFP