MOSCOW, 6 Ogos – Utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, tiba di Moscow dan disambut di lapangan terbang oleh Duta Pelaburan Rusia, Kirill Dmitriev, menurut sumber yang terlibat dalam penyediaan lawatan tersebut kepada Reuters.
Sumber yang mengetahui perancangan lawatan itu memberitahu Reuters bahawa Witkoff dijadualkan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Rusia pada hari Rabu.
Kehadiran Witkoff di Moscow selepas Presiden A.S., Donald Trump, memberi amaran bahawa sekatan akan dikenakan ke atas Rusia, sekiranya Moscow tidak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dalam perang di Ukraine sebelum Jumaat.
Trump sebelum ini menyatakan bahawa Witkoff mungkin akan berkunjung ke Moscow minggu ini bagi menyampaikan mesej rasmi Washington.-REUTERS