GAZA, 30 Ogos - Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menegaskan rejim zionis Israel perlu segera menghentikan sebarang operasi ketenteraannya di Gaza.
Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, serangan perlu dihentikan serta-merta kerana ia telah mengakibatkan bencana yang amat buruk ke atas wilayah Palestin tersebut.
Jelas beliau lagi, penduduk Gaza sudah tiada tempat selamat lagi untuk berlindung dan kini berdepan kebuluran yang melampau.
"Israel kini giat melakukan serangan besar-besaran dan mahu memindah penduduk Gaza yang sangat lemah selepas tamatkan gencatan senjata sementara untuk penghantaran bantuan kemanusiaan,'' katanya.
Tegas Lazzarini, jika operasi ketenteraan besar-besaran diteruskan di tengah-tengah kawasan yang dipenuhi penduduk, ia hanya akan menyebabkan lebih ramai terbunuh dan ia merupakan bencana kemanusiaan yang besar.
Tel Aviv meneruskan rancangan untuk menguasai sepenuhnya wilayah Gaza bermula di Kota Gaza, kononnya untuk memusnahkan perjuang Hamas dan menghalau warga Palestin ke arah selatan.-REUTERS