KIEV, 15 Januari- Ukraine menutup bekalan tenaga di enam wilayah negara itu yang disifatkan sebagai serangan peluru berpandu "besar-besaran" dari Rusia, kata pengendali grid nasional pada Rabu.
Tentera udara Kiev memberi amaran susulan banyak peluru berpandu yang dilancarkan dari Rusia di tengah-tengah amaran serangan udara di seluruh negara, namun tiada laporan segera mengenai kerosakan.
Ukrenergo dalam satu kenyataan melaporkan, ia telah menutup bekalan kuasa di wilayah Kharkiv, Sumy, Poltava, Zaporizhzhia, Dnipropetrovsk dan Kirovohrad.
Sementara itu Menteri Tenaga Ukraine German Galushchenko menerusi hantaran di media sosial berkata, "langkah pencegahan" melibatkan sistem pengedaran juga berkuat kuasa.
Rusia melakukan serangan udara secara berkala ke atas grid tenaga Ukraine berikutan tentera darat terus mara di medan perang dalam pencerobohan Kremlin.- Reuters