BRUSSELS, 9 Disember -Ukraine masih kekurangan kira-kira AS$800 juta untuk melengkapkan pembelian senjata dari Amerika Syarikat (AS) tahun ini.
Menurut Presiden, Volodymyr Zelenskiy, jumlah itu sebelum ini mencecah AS$1.5 bilion, namun Belanda meluluskan pembiayaan AS$700 juta melalui satu program sokongan.
“Kami masih perlukan AS$800 juta dan berharap AS dapat menampung baki keperluan itu,” katanya.
Tambah Zelenskiy, Ukraine kini mempunyai kumpulan sokongan melibatkan 30 negara.
Jelasnya, perbincangan tambahan akan diteruskan bersama Itali dan Kanada dalam beberapa hari ini.
Dokumen kerjasama untuk kumpulan itu hampir siap dan perlu disesuaikan dengan AS supaya tidak bercanggah dengan rangka jaminan keselamatan Ukraine. -REUTERS