fb fb fb fb fb

Ukraine didakwa langgar Perjanjian Minsk, guna senjata terlarang

KIEV, 2 April- Tentera Ukraine pula didakwa menggunakan peluru berpandu Tochka-U iaitu salah satu senjata yang dilarang terhadap orang awam di bawah Perjanjian Minsk.

Datuk Bandar Donetsk, Alexey Kulemzin berkata peluru berpandu yang membawa bom berangkai itu mengakibatkan kecederaan teruk kepada orang awam jika disasarkan ke kawasan komuniti.

Baru-baru ini, pusat bandar Donetsk yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia, diserang menggunakan peluru berpandu Tochka-U yang membawa bom berangkai.

Sebelum ini, di daerah Kirovsky, sebuah pangsapuri diserang menggunakan peluru berpandu Uragan yang meruntuhkan dua tingkat di bangunan berkenan.

Perjanjian Minsk dimeterai pada 5 September 2014 ketika rundingan damai Rusia-Ukraine di tenggara Ukraine.

Kedua-dua pihak menandatangani protokol bagi mengakhiri keganasan menarik balik anggota tentera dan senjata dari sempadan selain pembebasan semua tahanan perang serta tebusan.

Terdapat juga peruntukan khusus mewajibkan pihak berkuasa di Kiev membubarkan pemusatan kuasa dan mengadakan pilihan raya tempatan dengan gencatan senjata berkuatkuasa serta merta.


(Kemusnahan bandar Donetsk akibat serangan senjata haram dipercayai Tochka-U yang membawa bom berangkai/AFP)

Media Baharu