fb fb fb fb fb

203 terbunuh dalam operasi tentera di Sahel – Tentera Mali

(Foto fail AFP)

BAMAKO, 2 April- Tentera Mali mendakwa telah membunuh 203 pemberontak dalam operasi di tengah negeri Sahel, lokasi yang menyaksikan peningkatan ketara keganasan di negara yang dilanda konflik itu.

Operasi tentera pada 23 hingga 31 Mac lalu dijalankan di Sahel Moura, lokasi yang dikategorikan sebagai “kawasan pengganas”.

Tentera telah membunuh 203 militan, menahan 51 individu dan merampas sejumlah besar senjata, jelas kenyataan tentera.

Pihak tentera mengeluarkan kenyataan itu, ketika banyak laporan di media sosial pada minggu ini mendakwa puluhan individu termasuk orang awam terbunuh di Moura.

Bagaimanapun AFP gagal mendapatkan pengesahan daripada pihak tentera mengenai dakwaan di media sosial itu.

Kesukaran akses di kawasan konflik dan kekurangan sumber maklumat bebas bermakna angka kematian yang dikeluarkan sama ada di pihak kerajaan atau kumpulan bersenjata agak sukar untuk disahkan.  

Mali, negara miskin dengan jumlah penduduk kira-kira 21 juta orang, sudah lama berdepan pemberontakan kumpulan bersenjata yang tercetus pada 2012, seterusnya menular ke negara jiran, Burkina Faso dan Niger.


(FOTO GOOGLE)

Kebanyakan kawasan luas di Mali, dikawal pelbagai kumpulan pemberontak dan militia, menyaksiakan ribuan askar dan orang awam telah terbunuh.

Tentera Mali yang kekurangan kelengkapan juga sering dituduh melakukan penderaan ketika konflik.

Berdasarkan laporan yang dilihat sendiri AFP, Setiausaha Agong PBB, Antonio Guterres baru-baru ini telah memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa usaha pencegahan keganasan di Mali telah memberi kesan buruk kepada penduduk awam.

Tenter Mali menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, tindakan dibuat berpandukan hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa dan menyeru supaya "mengekang spekulasi fitnah".

Mali telah menyaksikan peningkatan ketara dalam keganasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Menurut PBB pada Jumaat, ribuan penduduk yang melarikan diri dari pertempuran di Mali telah tiba di Niger.

Sehari sebelum itu, misi pengaman PBB, dikenali sebagai Minusma memaklumkan bahawa keselamatan Semakin "merosot dengan ketara" di kawasan sempadan dengan Burkina Faso dan Niger. -AFP

Media Baharu