MOSCOW, 29 Mei - Rusia mendakwa Ukraine masih belum memberi maklum balas mengenai rundingan damai yang dijadualkan di Istanbul pada 2 Jun.
Moscow merancang untuk membentangkan memorandum syarat damai dalam pertemuan itu, tetapi Kiev enggan hadir selagi belum menerima kandungan memorandum tersebut.
Ukraine menegaskan mereka telah menyerahkan cadangan damai kepada Rusia dan menuntut agar Moscow melakukan perkara yang sama.
Sebelum ini, rundingan pada 16 Mei di Istanbul tidak berjaya mencapai kata sepakat, namun kedua-dua negara bersetuju menukar 1,000 tahanan perang.
Sementara itu, serangan Rusia ke atas Ukraine terus berlanjutan.
Lebih 90 dron dilancarkan, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh di beberapa wilayah termasuk Kherson, Mykolaiv, Donetsk, dan Sumy. - AFP