ATHENS, 29 Mei – Ratusan pemandu teksi berhimpun di luar Kementerian Pengangkutan Greece hari ini, menuntut akses ke lorong bas dan membantah persaingan tidak adil daripada aplikasi e-panggilan seperti Uber.
Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-kerajaan dan memanjat pagar kementerian, menuntut penumpang dapat dibawa dengan lebih pantas dan selamat melalui lorong khas.
Mereka juga mendesak undang-undang bagi mengawal pemandu e-panggilan yang didakwa menunggu pelanggan secara haram di lokasi tumpuan pelancong seperti pelabuhan dan lapangan terbang.
Menurut Bank of Greece, jumlah pelancong yang masuk ke negara itu pada 2024 mencecah 40.7 juta orang, meningkat sebanyak 12.8% berbanding tahun sebelumnya, dengan kemasukan utama melalui lapangan terbang dan sempadan darat. - REUTERS