fb fb fb fb fb

Nahas pesawat tentera laut Korea Selatan, empat terkorban

Foto AFP

SEOUL, 29 Mei - Sebuah pesawat rondaan maritim milik Tentera Laut Korea Selatan terhempas pada Khamis, mengorbankan kesemua empat kru di dalamnya.

Pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan berhampiran bandar tenggara Pohang, kira-kira enam minit selepas berlepas, iaitu sebelum pukul 2:00 petang waktu tempatan

Menurut kenyataan tentera laut negara itu, pesawat itu sedang menjalani latihan berlepas dan mendarat ketika nahas berlaku.

"Tentera Laut telah menjumpai kesemua empat mayat kru pesawat rondaan maritim dan kini sedang menjalankan kerja pengeluaran," kata kenyataan itu.

Daripada empat mangsa, dua adalah pegawai dan dua lagi anggota berpangkat rendah, menurut Agensi Berita Yonhap.

Tiada kemalangan jiwa melibatkan orang awam dilaporkan.

Punca nahas masih dalam siasatan.

Pihak bomba telah menghantar kira-kira 40 anggota ke lokasi kejadian. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI