fb fb fb fb fb

Dua letupan kuat dan asap tebal di sempadan Gaza-Israel

Foto AFP

GAZA, 29 Mei – Dua letupan kuat disusuli kepulan asap tebal dilaporkan berlaku di kawasan sempadan Gaza-Israel pagi Khamis.

Menurut laporan, letupan berasingan itu berlaku pada pukul 11:10 pagi dan 11:23 pagi waktu tempatan, namun punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.

Insiden itu berlaku ketika Israel berada di bawah tekanan antarabangsa untuk melonggarkan sekatan terhadap wilayah Gaza.

Kira-kira 10 hari lalu, Israel menamatkan sekatan bantuan selama 11 minggu dan membenarkan semula kemasukan bantuan kemanusiaan secara terhad ke wilayah itu.

Bantuan kini disalurkan melalui dua saluran utama iaitu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Yayasan Kemanusiaan Gaza yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kecederaan atau kemusnahan akibat letupan tersebut. - REUTERS

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI