fb fb fb fb fb

Israel setuju gencatan senjata di Gaza

Menurut Setiausaha Akhbar White House Karoline Leavitt, kertas cadangan yang telah ditandatangani oleh Israel itu telah diserahkan kepada Hamas.-Foto AFP

WASHINGTON, 30 Mei - Israel menerima cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk gencatan senjata di Gaza.

Menurut Setiausaha Akhbar White House Karoline Leavitt, Trump bersama utusannya Steve Witkoff telah menyerahkan kertas cadangan gencatan senjata yang ditandatangani oleh wakil Israel itu kepada Hamas.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Duta Khas Witkoff dan presiden mengemukakan cadangan gencatan senjata kepada Hamas. Cadangan tersebut telah disokong oleh Israel.

"Saya juga boleh mengesahkan bahawa perbincangan itu berterusan, dan kami berharap gencatan senjata di Gaza akan berlaku supaya kami boleh mengembalikan semua tahanan ke rumah," kata Leavitt dalam satu sidang media di White House.

Leavitt bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai laporan media Saudi yang mendakwa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk gencatan senjata selama 60 hari yang akan diumumkan Trump dalam masa terdekat.

"Jika ada pengumuman yang akan dibuat, ia akan datang daripada White House, presiden, saya sendiri, atau utusan khas Witkoff," tambah Leavitt.- AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN