fb fb fb fb fb

Rejim Zionis paksa pesakit dan kakitangan Hospital Al-Awada berpindah

Hospital Al-Awada menjadi satu-satunya hospital yang masih beroperasi di Utara Gaza.-Foto AFP

GAZA, 30 Mei - Rejim Zionis dilapor telah melakukan pemindahan paksa terhadap pesakit dan kakitangan Hospital Al-Awada iaitu satu-satunya hospital yang masih beroperasi di Utara Gaza.

Hospital berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat 97 individu berada di dalam pusat perubatan berkenaan, termasuk 13 pesakit dan 84 kakitangan perubatan.

Motif pemindahan tidak dimaklumkan, namun dipercayai tentera negara haram Israel akan melancarkan serangan dalam masa terdekat di kawasan berdekatan.

Sementara itu, agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata hospital tersebut telah mengalami kerosakan teruk susulan serangan Rejim Zionis sejak dua minggu lalu.

Kementerian kesihatan Gaza dalam kemas kini terbaharu mengesahkan sekurang-kurangnya 3,986 orang telah terbunuh di wilayah itu sejak Israel menamatkan gencatan senjata pada 18 Mac lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terbunuh kepada 54,249 orang yang kebanyakannya terdiri orang awam, wanita dan kanak-kanak.-AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN