fb fb fb fb fb

Ukraine belum penuhi syarat keanggotaan NATO

(FOTO AFP)

VILNIUS, 12 Julai- Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menawarkan jemputan kepada Ukraine untuk menjadi ahli pakatan ketenteraan itu hanya apabila "syarat dipenuhi".

"Kami akan berada dalam kedudukan untuk menyampaikan jemputan kepada Ukraine untuk menyertai perikatan itu apabila kesemua negara anggota bersetuju dan syarat dipenuhi," kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg.

Ketika berucap dalam sidang kemuncak pakatan 31 negara itu di sini beliau memberi jaminan bahawa "masa depan Ukraine adalah dalam NATO" dan proses yang perlu dilalui oleh Kiev untuk menjadi negara anggota akan dipendekkan.

"NATO tidak pernah menggunakan bahasa yang lebih kuat untuk menyokong Ukraine dalam perjuangan getirnya mematahkan pencerobohan Rusia," kata Stoltenberg.

Kenyataan itu melenyapkan harapan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang terdesak untuk menyertai NATO secepat mungkin. -AFP

(Volodymyr Zelensky (tengah kiri) dan isterinya bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel
Macron dan isterinya di majlis makan malam sosial semasa Sidang Kemuncak NATO/AFP)

Media Baharu