fb fb fb fb fb

PMOP rampas senjata, peluru berpandu di penjara

(Foto REUTERS)

HONDURAS, 12 Julai- Pihak berkuasa Honduras telah merampas simpanan besar-besaran senjata dan peluru berpandu di beberapa penjara di Amerika Tengah pada Isnin lalu.

Operasi berkenaan dijalankan Polis Tentera Ketenteraman Awam Honduras (PMOP).

Menurut PMOP, antara barang rampasan ialah senapang automatik, AR-15, AK-47 dan senapang M16.

"Ini termasuk pistol, peluru, pisau, bom tangan, dadah, barang kemas, wang tunai dan alat komunikasi.

"Pihak kami telah memusnahkan kesemua barang rampasan tersebut," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu