fb fb fb fb fb

Ales Pushkin meninggal dunia

(Foto Ales Puskin)

BELARUS, 12 Julai- Banduan politik Belarus, Ales Pushkin telah meninggal dunia pada usia 57 tahun, semalam.

Menurut isterinya, Pushkin Yanina, punca kematian mendiang setakat ini tidak dapat dipastikan.

"Penjara di negara ini seringkali didakwa kerana menganiaya tahanan politik.

"Ales meninggal dunia ketika dalam rawatan dalam keadaan tidak jelas," katanya ketika ditemu bual AFP di sini.

Artis terkenal Belarus itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Mac 2022 kerana mencemarkan simbol negara dan mencetuskan kebencian, kata kumpulan hak asasi bebas Viasna.

Viasna merekodkan hampir 1,500 tahanan politik di negara itu. - AFP


(Foto Ales Puskin)

Media Baharu