fb fb fb fb fb

Ukraine aktif siren amaran sehari selepas serangan dron

FOTO REUTERS

KIEV, 11 November - Siren amaran diaktifkan di seluruh Ukraine awal pagi Isnin ketika serangan Rusia mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang.

Ia dibunyikan bersehari selepas serangan dron oleh kedua-dua pihak, ketika ada laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) didakwa menggesa Vladimir Putin dari Rusia agar tidak memperhebat konflik.

Pemilihan Trump ke White House berpotensi mengubah arah konflik yang berlaku hampir tiga tahun.

Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai sokongan Washington kepada Kiev, yang penting bagi pertahanannya.

Trump semasa berkempen berkata bahawa beliau boleh menghentikan pertempuran dalam beberapa jam dan telah menunjukkan minatnya untuk berbincang secara langsung dengan Putin.

The Washington Post melaporkan pada Ahad bahawa Trump bercakap melalui telefon pada Khamis dengan presiden Rusia itu, mengingatkan Putin agar tidak memperhebatkan perang.

Trump mengingatkan Putin tentang kehadiran ketenteraan besar Washington di Eropah, menurut laporan Post.

Kremlin sebelum ini menyatakan bahawa mereka melihat 'isyarat positif' daripada kesediaan Trump untuk mencapai perjanjian, dan beberapa individu yang bercakap dengan akhbar AS itu berkata Trump menyatakan hasrat untuk lebih banyak perbincangan bagi 'penyelesaian perang Ukraine dengan segera'.

Trump juga berbicara melalui telefon dengan Canselor Jerman Olaf Scholz pada Ahad dan kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama ke arah mengembalikan keamanan di Eropah, menurut jurucakap Scholz. - AFP

TETITIA YUSOFF