fb fb fb fb fb

China pamer jet pejuang siluman baru dalam Airshow China

FOTO REUTERS

SHANGHAI, 11 November - China akan mempamerkan jet pejuang siluman baru dan dron serangan di sebuah pameran udara minggu ini.

Hubungan erat negara itu dengan Moscow juga akan dipamerkan di Airshow China yang memaparkan sektor aeroangkasa awam dan ketenteraan Beijing setiap dua tahun di bandar selatan Zhuhai.

Beijing telah melabur sumber yang banyak untuk memodenkan dan memperluaskan keupayaan penerbangannya, ketika ia berhadapan dengan Amerika Syarikat AS) dan negara lain di kawasan panas serantau seperti Taiwan.

J-35A, yang digambarkan sebagai jet pejuang siluman serba guna bersaiz sederhana', dikatakan serupa dengan reka bentuk F-35 Amerika Syarikat, menurut penganalisis.

Bagaimanapun butiran terperincinya masih terhad.

Kemunculannya di pameran itu boleh dikatakan sebagai pengesahan ia telah memasuki perkhidmatan," kata pakar penerbangan ketenteraan China, Fu Qianshao.

Jika disahkan, ini akan menjadikan China satu-satunya negara di dunia yang mempunyai dua jet pejuang siluman dalam perkhidmatan selepas Amerika Syarikat, tambah Fu.

Peralatan ketenteraan utama lain yang membuat penampilan sulung adalah sistem peluru berpandu permukaan ke udara HQ-19, yang direka untuk memintas peluru berpandu balistik dan kenderaan gelongsor hipersonik, menurut media kerajaan. - AFP

TETITIA YUSOFF