LONDON, 18 Mac - Pelancong yang tiba di United Kingdom (UK) tidak lagi perlu mengisi borang lokasi keberadaan meskipun tidak menerima suntikan vaksin berikutan pemansuhan sekatan perjalanan COVID-19 pada Jumaat.
Mereka juga tidak perlu mengambil ujian saringan atau mengisi borang pra-penerbangan ketika berada di negara itu, lapor Agensi Anadolu.
(Foto hiasan)
Perjalanan tanpa sekatan itu diumumkan selepas hampir dua tahun pandemik COVID-19 melanda dan sejak orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perjalanan antarabangsa yang tidak penting pada Mac 2020.
Sementara itu, menurut Jabatan Pengangkutan, pelbagai "langkah kontingensiā akan dilaksanakan jika perlu, dengan mengambil "tindakan pantas dan berkadar" bagi menangani varian baharu.
"Kita tidak akan mengekalkan sekatan perjalanan, memberikan lebih banyak kebebasan untuk pelancong menjelang cuti Easter," kata Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps.-BERNAMA