fb fb fb fb fb

Mahkamah Peru perintah bekas Presiden Fujimori dibebas

(Penunjuk perasaan membuat protes bagi membantah keputusan Mahkamah Perlembagaan Peru yang memerintahkan pembebasan bekas Presiden Alberto Fujimori di Lima, Peru/AP)

LIMA, 19 Mac - Mahkamah Perlembagaan Peru memerintahkan pembebasan bekas Presiden, Alberto Fujimori, yang dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana pencabulan hak asasi manusia ketika pentadbirannya pada era 1990-an.

Mahkamah tertinggi negara itu meluluskan habeas corpus, sekali gus membatalkan penghakiman pada 2017 yang menggantung pengampunan Fujimori atas alasan tidak sah.

Pengampunan itu diberikan Presiden Pedro Pablo Kuczynski, berikutan Fujimori mengalami masalah jantung.

Fujimori, 83, dimasukkan ke hospital pada 3 Mac, selepas mengalami serangan jantung ketika menjalani hukuman penjara sejak 2007.

(Bekas Presiden, Alberto Fujimori melambai tangannya/AFP)

Beliau didakwa bertanggungjawab terhadap dua tragedi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera pada 1991 dan 1992 mengakibatkan 25 orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak.

Fujimori meletak jawatan pada 2000 sebelum ditahan di Chile dan diekstradisi ke Peru pada 2005.

Bekas presiden itu dibebaskan pada 2017 selama sebulan sebelum dipenjarakan sekali
lagi.

Media Baharu