fb fb fb fb fb

Turkiye, PBB adakan perbincangan tamatkan konflik Rusia-Ukraine

(Foto REUTERS)

ANKARA, 19 Ogos- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Rabu.

Pertemuan tiga hala itu bagi membincangkan kemungkinan cara menamatkan perang antara Ukraine dan Rusia. Ini susulan suasana positif yang diwujudkan menerusi perjanjian eksport bijirin yang diuruskan oleh PBB bagi mengekalkan keamanan.

Erdogan berkata pertemuan itu juga membincangkan pertukaran tawanan perang antara Ukraine dan Rusia, yang akan turut dibangkitkan Presiden Rusia Vladimir Putin.

"Kami sangat mementingkan isu ini...apa yang berlaku kepada pertukaran tawanan ini," kata Erdogan.

Selain itu, mereka juga membincangkan keperluan peningkatkan esport biirin dan menjamin keselamatan loji tenaga nuklear terbesar di Eropah.

Pertemuan itu diadakan di bandar Lviv, barat Ukraine berhampiran sempadan Poland, adalah lawatan pertama ke Ukraine oleh Erdogan dari Turki sejak meletusnya perang Ukraine-Rusia dan yang kedua oleh Gutteres.-REUTERS

 

 
(Presiden Turki Tayyip Erdogan, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy dan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menghadiri sidang akhbar di Lviv/REUTERS)

Media Baharu