KARNATAKA, 4 Jun- Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam rempuhan di luar stadium kriket di Bengaluru, India.
Ketika kejadian, satu acara sedang diadakan untuk meraikan kemenangan pertama Liga Perdana India oleh Royal Challengers Bengaluru.
Media tempatan melaporkan video yang dirakam di luar stadium menyaksikan berpuluh-puluh peminat memanjat dinding dan pagar ketika orang ramai berkumpul di pintu masuk stadium.
Bengaluru menewaskan Punjab Kings dalam perlawanan akhir kejohanan.
"Beribu-ribu orang dengan sebahagian daripada mereka mengibarkan bendera merah pasukan, berbaris di jalan menuju ke Stadium Chinnaswamy di tengah bandar.
"Mereka meraikan pasukan kriket yang tiba di lokasi berkenaan dengan menaiki bas pada petang Selasa, " jelas saluran televisyen tempatan.-REUTERS