BERLIN, 4 Jun- Kabinet Jerman meluluskan pakej pelepasan cukai pertama bernilai 46 bilion euro (AS$52.43 bilion) untuk menyokong syarikat dan memulihkan ekonominya yang lembap bermula tahun ini hingga 2029.
Matlamatnya, meningkatkan pelaburan dan menggalakkan syarikat untuk meringankan beban cukai mereka, termasuk kadar susut nilai sebanyak 30 peratus setahun selama tiga tahun.
"Kami mewujudkan keselamatan perancangan untuk syarikat dan insentif pelaburan yang kukuh.
"Tindakan ini dilakukan Jerman seiring lokasinya yang menarik dan berdaya saing di peringkat antarabangsa," kata Menteri Kewangan, Lars Klingbeil kepada pemberita di Berlin.
Ekonomi Jerman mungkin menghadapi penguncupan bagi tahun ketiga berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah pascaperangnya dan memulihkan ekonomi adalah tugas utama kerajaan baharu.
Menurut Klingbeil, dasar tarif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka menjejaskan ekonomi Jerman yang berorientasikan eksport.
Bagaimanapun, beliau sangat yakin bahawa penyelesaian bersama boleh ditemui tetapi pada masa sama, kerajaan sedang mempersiapkan diri di peringkat Eropah untuk dapat bertindak balas dengan tegas.- REUTERS
