fb fb fb fb fb

AI, dron pastikan jemaah haji selamat

Foto AFP

MEKAH, 4 Jun- Pegawai Arab Saudi memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan buatan (AI) untuk membantu menguruskan 1.4 juta jemaah haji pada Musim Haji 1446H/2025.

Lebih 15,000 kamera di sekitar kota suci Mekah merakam segala pergerakan jemaah termasuk mengesan kelakuan orang ramai yang tidak normal atau meramalkan kesesakan trafik pejalan kaki.

Langkah ini bertujuan menyelamatkan nyawa dan mengelak berlakunya rempuhan hingga membawa maut.

Teknologi itu juga digunakan untuk membantu menguruskan lebih 20,000 bas yang digunakan untuk mengangkut jemaah haji di Tanah Suci.

"Di bilik kawalan trafik, kami menggunakan kamera khusus dilengkapi AI untuk menganalisis pergerakan, kawasan sesak dan meramalkan tingkah laku," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengangkutan Am di Suruhanjaya Diraja Mekah, Mohamed Nazier.

Pusat kawalan utama di Mekah ini dipenuhi skrin dan peta untuk memudahkan kakitangan menggunakan alat berteknologi tinggi termasuk AI untuk pemantauan sepanjang masa.

Kira-kira 12 kakitangan mengawasi pergerakan jemaah menerusi komputer yang dilengkapi skrin besar.

Pemantauan berterusan itu bertujuan untuk mengelak perlanggaran sesama pejalan kaki di laluan sesak," katanya.- AFP

NORAINI BINTI WAHIB